fb fb fb fb fb

Masyarakat luar bandar akan dibantu daftar PADU secara manual

Datuk Seri Ahmad Zahid berucap pada Majlis Sambutan Ponggal Perpaduan 2024

SHAH ALAM, 21 Januari- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menggerakkan agensinya untuk membantu masyarakat luar bandar dan desa mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) secara manual.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata borang pendaftaran akan disediakan bagi memudahkan golongan terlibat yang tidak dapat mendaftar secara dalam talian.

"Kita akan lakukan segera mungkin bagi menentukan kumpulan sasaran yang tertentu di mana subsidi bersasar akan dilakukan segera.

"Maka KEMAS dan ketua kampung yang telah dilantik akan dimobilisasikan pendaftaran PADU ini secara manual,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Ponggal Perpaduan 2024, di Shah Alam hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE