fb fb fb fb fb

Devaki, sosok penting angkat martabat wanita dalam kempimpinan & politik negara- PM

Mendiang Tan Sri Devaki Krishnan / FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita atas pemergian wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan malam tadi.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar berkata mendiang merupakan sosok penting dalam dalam sejarah perjuangan mengangkat martabat wanita dalam kepimpinan dan politik negara kerana sanggup mengabadikan hayatnya demi masyarakat.

Tambahnya jasa dan pengorbanan Tan Sri Devaki Krishnan akan dikenang buat selamanya.

Tan Sri Devaki Krishnan merupakan wanita pertama memegang jawatan awam di Malaysia telah meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Berita kematiannya disahkan oleh cucunya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan semalam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE