fb fb fb fb fb

Masjid Jame’ Badlishah mohon maaf laung azan Maghrib awal

YAN, 8 April- Pengurusan Masjid Jame’ Badlishah, Pekan Yan memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan Maghrib dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu iaitu pada 8 Ramadan.

Timbalan Pengerusi masjid itu, Ahmad Nasir menerusi kenyataan 1 April lalu berkata, kesilapan tersebut adalah disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid berkenaan.

Menurut beliau, puasa jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid tersebut untuk berbuka telah terbatal dan perlu diganti atau diqada.

(Masjid Jame’ Badlishah, Pekan Yan)

Jelas beliau, perkara tersebut berdasarkan pandangan Jumhur Ulama' dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai dalam kalangan ulama' Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.

Media Baharu