fb fb fb fb fb

20,000 usahawan B40, pelajar IPT disasar daftar SPPP

ALOR SETAR, 8 Mac- Kerajaan menyasarkan 20,000 usahawan golongan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mendaftar dalam Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) sehingga penghujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata  setakat hari ini pendaftaran mencecah 66% iaitu 13,255 usahawan.

Kempen berterusan akan dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai mendaftar secara percuma termasuk pendaftaran menerusi kaunter.

Selain itu kerjasama akan dilaksanakan dengan kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Belia dan Sukan untuk menyediakan kurusus jangka pendek dan panjang bagi membimbing usahawan muda yang mendaftar melalui SPPP.

"Kita masih menjalankan kempen-kempen supaya ramai yang menyertai. Insya-Allah bilangan mereka lebih  20,000. Galakkan org muda dan pelajar ceburi bidang ini," kata Salahuddin dalam sidang media selepas merasmikan dan menyampaikan sumbangan Wakalah Syarikat Koporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada 500 asnaf di sini.

(Datuk Seri Salahuddin berkata 20,000 usahawan B40, pelajar IPT disasar daftar SPPP)

Media Baharu