fb fb fb fb fb

Masjid Buluh musnah dipukul ribut

(Keadaan Masjid Buluh yang musnah dipukul ribut)

GUA MUSANG, 3 April - Hasrat jemaah untuk bersolat tarawih di Masjid Buluh, Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan tidak kesampaian apabila masjid itu musnah dipukul ribut semalam.

Dalam kejadian pukul 4.00 petang itu, seramai 50 orang jemaah sedang menunaikan solat sunat dan bersedia menunaikan solat fardu Asar.

Pengerusi Masjid, Ibrahim Mat berkata beliau dimaklumkan oleh seorang pekerja masjid pada pukul 4.15 petang berhubung kejadian tersebut.

(Ibrahim Mat)

Ujarnya, hujan lebat melanda kawasan itu sehingga menyebabkan bumbung masjid tercabut akibat diterbangkan angin kencang.

"Memang malam kita dah rancang nak panggil imam seorang hafiz untuk mengerjakan solat tarawih di sini dan disebabkan kejadian ini telah berlaku dan elektrik terputus maka terpaksa dibatalkan dan akan adakan mesyuarat hari ini.

"Kalau perlu kita buat sambungan sementara, kerana kita nak tutup terus pun masalah juga kerana ramai musafir yang singgah. Jadi dia nak mengerjakan solat, ke tandas jadi kita perlu bincang," katanya

Selain bumbung, kejadian itu menyebabkan kerosakan sebahagian tiang bangunan dan tempat mengambil wuduk.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM50,000.

Orang ramai yang ingin membantu menyumbang dana bagi membaik pulih masjid boleh menyalurkan ke akaun Bank Muamalat bernombor 03070000388714 atau hubungi wakil Masjid Buluh di 0199101063 atau 0199238096.

Media Baharu