fb fb fb fb fb

Masih ramai tidak cakna larangan merokok di kawasan awam

GEORGE TOWN, 23 Mac - Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 1,182 kompaun di Pulau Pinang menerusi operasi bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Daripada jumlah itu, 996 notis adalah membabitkan kesalahan merokok di tempat larangan, yang merupakan kesalahan tertinggi, sejak ia dilaksanakan bermula Januari hingga 22 Mac tahun ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Kesihatan Awam Negeri, Datin Dr Azizah Abd Manan berkata, tindakan kompaun diambil dibawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana merokok di tempat larangan dan Peraturan 12 PPKHT 2004 atas kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan.

Antara kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas adalah pusat membeli belah, kedai berhawa dingin dan lapangan terbang.

(Kompaun dikeluarkan menerusi operasi bersepadu
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004)

Menurut Azizah , masih ramai individu di negara ini yang masih tidak cakna dan patuh dengan kepentingan larangan merokok di kawasan awam.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan tidak merokok di kawasan larangan merokok.

Ini bagi mengelakkan tindakan dikenakan, selain melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

Media Baharu