fb fb fb fb fb

Perak benarkan solat tanpa penjarakan fizikal April ini

IPOH, 23 Mac- Bermula 1 April ini, solat fardhu, solat jumaat dan solat jenazah di Perak dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bilangan jemaah pula dibenarkan mengikut keluasan ruang masjid dan surau.

"Bagi pelajar terutama di sekolah asrama penuh, mereka dibenar mengadakan solat jumaat mengikut budi bicara pihak pengurusan sekolah.

Selain itu, program qiamullail, iktikaf, tadarus Al-Quran, kuliah serta kelas pengajian turut dibolehkan," titah Sultan Nazrin ketika sesi sembah taklimat aktiviti masjid dan surau di negeri itu sempena fasa peralihan ke endemik, di sini.


(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah/BERNAMA)

Sempena Ramadan, jawatankuasa dan pegawai masjid diberikan budi bicara menentukan bilangan rakaat solat terawih di masjid dan surau masing-masing.

Hidangan berbuka puasa, moreh dan sahur di masjid dan surau pula hanya dibenarkan secara bungkusan.

Media Baharu