fb fb fb fb fb

Maritim Perak rambas 82 unit bubu naga

 

IPOH, 23 Oktober- Sebanyak 82 unit bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; Maritim Perak di dua lokasi berasingan sekitar Pulau Talang dan Kuala Kurau, semalam.

Rampasan dibuat pasukan rondaan yang mengesan beberapa objek terapung dalam keadaan mencurigakan di kedua-dua lokasi tersebut.

Kenyataan Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup memaklumkan rampasan pertama menemukan 31 unit bubu naga di kedudukan sekitar 1.1 batu nautika timur laut Pulau Talang.

Manakala rampasan kedua sebanyak 51 unit bubu naga bernilai hampir empat ribu ringgit di kedudukan 3.06 batu nautika selatan muara Kuala Kurau, Perak.

Kesemua bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut. 


(FOTO MARITIM PERAK)

Media Baharu