fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia tahan vesel nelayan bersama lima kru warga asing di Kuantan

KUANTAN, 11 September- Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang ketika operasi Preventive SAR dan Op Makmur, semalam.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, vesel berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika bersauh kira-kira 2.9 batu nautika dari tenggara Kuala Kuantan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima kru termasuk tekong warga Myanmar berusia 32 hingga 45 tahun berada di atas vesel tersebut.

Seorang daripadanya memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tamat tempoh, manakala empat lagi tidak mempunyai sebarang dokumen sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vesel bersama kru, peralatan menangkap ikan, dokumen serta hasil laut seberat 720 kilogram dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN