fb fb fb fb fb

Maritim gagalkan cubaan seludup ganja di perairan Kuala Perlis


KUALA PERLIS, 4 Februari - Cubaan menyeludup masuk 30 kilogram ketulan ganja mampat bernilai hampir RM150 ribu berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Perlis .

Ia merupakan rampasan kedua dan terbesar bagi Zon Maritim Kuala Perlis pada awal tahun ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata rampasan dibuat hasil risikan pasukan operasi khas APMM yang berjaya mengesan pergerakan masuk sebuah bot fiber dari negara jiran.

Kejadian berlaku di kedudukan 2.26 batu nautika barat laut muara Kuala Perlis sekitar pukul 1.42 pagi.

Dua penyeludup yang menyedari kehadiran bot APMM bagaimanapun melarikan diri ke sempadan Thailand dengan mencampak bungkusan yang mengandungi ganja ke dalam laut.

"Selalunya untuk dadahlah, ganja, syahbu apa semua, dia nak elak daripada bot penguat kuasa tak kisahlah sama ada bot polis ke, kastam atau pun APMM sendiri, untuk mengejar dia terlalu ini dia akan campak.

"Selagi dia nampak bot penguat kuasa mengejar, dia akan campak-campak semua. Satu untuk dia bagi ringan dia punya bot. Satu lagi kita akan kalau anggota di bot ini, dia dah akan sama ada nak kejar bot atau nak ambil barang itu," katanya kepada pemberita, di sini.

Kes disiasat bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.




Media Baharu