fb fb fb fb fb

Dakwaan penyebaran dokumen dalaman MARA Corp. disiasat - Pengerusi MARA

KUALA LUMPUR , 4 Februari - Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memulakan siasatan lanjut berhubungan dakwaan yang tular mengenai isu integriti membabitkan dokumen dalaman MARA Corp.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya memandang serius penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam.

Tindakan itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap MARA dan anak syarikat berkaitan.

Katanya MARA mengutamakan amalan integriti dalam organisasi dan seluruh anak syarikatnya dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016.

"Sekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, MARA sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan," kata Azizah.

MARA Corp. sebelum ini menafikan wujudnya salah guna kuasa atau salah tadbir urus dalam isu berkenaan.

 

Media Baharu