LANGKAWI, 4 Februari - Kegiatan mengedar dadah terbongkar susulan penemuan dadah dan wang tunai dalam kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Padang Gaung, Langkawi.
Hasil pemeriksaan, pihak polis menemukan dadah bernilai lebih RM68,000.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, dalam kejadian pada pukul 11.40 pagi, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan didapati terbabas di Jalan Padang Gaong.
"Dalam bag kedua kita temukan 4 peket plastik lutsinar dan 27 peket plastik lutsinar bersaiz kecil berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 690.30 gram," kata ACP Shariman dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini, hari ini.
Suspek berusia 41 tahun kini menerima rawatan di hospital.
Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Langkawi berjaya menahan enam lelaki tempatan yang terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.
Kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun itu direman selama 7 hari hingga 11 Februari ini.