fb fb fb fb fb

Ajaran sesat: Jakim, Jabatan Agama Islam negeri bekerjasama ambil tindakan

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 4 Februari - Isu ajaran sesat yang menyeleweng akidah umat Islam di Malaysia, sentiasa dipandang serius oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti berkaitan penyelewengan akidah.

"Kalau ini berlaku di negeri, Insya-Allah Jakim akan menghubungi pihak agama negeri untuk mengambil tindakan. Contoh kes Perjalanan Mimpi Yang Terakhir berlaku dan minta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertindak.

"Kes bomoh di Perak, pihak berkuasa agama negeri memang bekerjasama baik dengan Jakim. Sekiranya ada laporan di media sosia, kita akan maklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyebaran ajaran 'mimpi' lelaki Pakistan oleh Gerakan Akhir Zaman (Gaza) di negara ini.

Idris ditemui pada majlis pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022 di Kompleks Islam, di sini.

Media sebelum ini melaporkan kumpulan Gaza itu mengajak orang ramai mempercayai seorang lelaki dari Pakistan, Muhammad Qasim Abdul Karim yang mendakwa hanya mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam mimpinya.

Media Baharu