fb fb fb fb fb

Forum khas ketengah pencapaian PEMUDAH bersempena sambutan ulang tahun ke-15

FOTO PEMUDAH

KUALA LUMPUR, 4 Februari - Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) akan menganjurkan forum bersempena sambutan ulang tahunnya ke-15 Isnin ini.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman dalam kenyataan memaklumkan, forum berkenaan akan mengetengah peranan dan sumbangan PEMUDAH sepanjang 15 tahun.

PEMUDAH merupakan inisiatif kerjasama awam-swasta bagi meningkatkan ekosistem kawal selia perniagaan dengan mengurangkan beban kawal selia yang tidak diperlukan dalam perniagaan.

Sejak 2007, PEMUDAH telah memperkukuh peranannya untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan, merangsang pertumbuhan produktiviti dan meningkatkan daya saing global Malaysia.

 

Media Baharu