fb fb fb fb fb

MARC ramal KDNK Malaysia berkembang 4-5% tahun depan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia untuk tahun depan, berkembang antara 4.0% dan 5.0% dengan sektor pembuatan sebagai pemacu utama.

Syarikat tersebut menyatakan sektor pembuatan diunjur berkembang sebanyak 4.2%.

Jangkaan itu seiring dengan pengenalan pelan tindakan perindustrian dan ekonomi oleh kerajaan baru-baru ini termasuk Pelan Hala Tuju Industri Kimia 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) dan Belanjawan 2024.

Belanjawan 2024 adalah langkah progresif ke arah mencapai pertumbuhan KDNK yang berkualiti di Malaysia dan memacu pembangunan sosioekonomi selanjutnya dalam tempoh yang mencabar.

Tambahnya, Malaysia kekal komited untuk meningkatkan produktiviti sebenar dengan memperluaskan insentif cukai automasi, menggalakkan penggantian buruh asing dengan teknologi, memupuk keusahawanan, memajukan modal insan dalam bidang pemangkin dan melabur dalam infrastruktur.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu