fb fb fb fb fb

RTM manfaat pelbagai platform, komited beri liputan terbaik

 

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa komited dalam memberi liputan terbaik dengan memanfaatkan sinergi pelbagai platform sedia ada untuk audiens.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman turut berbangga dengan komitmen dan semangat berpasukan warga kerja RTM dalam menjayakan sesuatu rancangan atau liputan berita.

"Kita akan teruskan liputan bagus yang kita buat sebelum ini bukan sahaja masa PRU DUN tetapi juga saya rasa kita dah cukup melatih pasukan kita dan kita akan teruskan kecemerlangan hari ini.

"Kita raikan para petugas untuk memberikan lebih semangat untuk terus ke depan dan menjadi satu pasukan liputan berita ehwal semasa dan juga rancangan yang sangat hebat,"katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas PRU DUN Ke-15 dan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di RTM.

Pada majlis itu juga, beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada kontinjen perbarisan Hari Kebangsaan 2023 yang diwakili personaliti dan warga kerja RTM.


(Datuk Suhaimi Sulaiman berucap pada Majlis Apresiasi Petugas PRU DUN Ke-15
dan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di RTM)

Media Baharu