fb fb fb fb fb

Kenderaan mampan, mesra alam bakal ubah sektor logistik - Anthony Loke

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Penerapan penggunaan kenderaan mampan dan mesra alam, seperti lori terminal elektrik bakal mengubah sektor logistik.

Ini sekali gus mewujudkan pasaran baharu untuk penyedia penyelesaian logistik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pada masa ini terdapat kebanyakan syarikat multinasional telah mengutamakan mengenai alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG)

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

"Kita menggalakkan sektor swasta untuk melabur dalam kenderaan elektrik ini terutamanya syarikat- syarikat logistik kerana banyak syarikat ada dasar ESG mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran lori terminal elektrik pertama Malaysia dan Asia oleh Swift Haulage Bhd (Swift), di sini.

Swift Haulage Bhd, Swift, penyedia perkhidmatan logistik bersepadu yang terkemuka dan terbesar di negara ini, merupakan pemain logistik pertama mengguna pakai lori terminal elektrik dengan menetapkan standard baharu untuk kemampanan dan tanggungjawab alam sekitar dalam rantaian bekalan mereka.

Media Baharu