fb fb fb fb fb

MAQIS gagalkan cubaan seludup daging babi di sempadan

Foto Ihsan MAQIS

BUKIT KAYU HITAM, 6 Disember- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk daging babi ke negara menerusi laluan import bahagian penumpang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Pengarah MAQIS Kedah, Hisham Abu Bakar berkata 32 kilogram daging dan sosej babi itu disorokkan di bahagian belakang kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya menerusi kenyataan hari ini, rampasan pada Ahad itu bertujuan mengawal kemasukan produk babi bagi mencegah penyebaran wabak African Swine Fever (ASF).

Tindakan penguatkuasaan turut melibatkan kerjasama Pasukan Gerakan Am PGA.

Kesemua barangan tersebut dirampas dan ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM