fb fb fb fb fb

Mangsa nahas helikopter dipindahkan ke wad biasa, dua lagi dibenarkan pulang

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU, 19 Julai -Salah seorang kru nahas helikopter di Sungai Pulai, Johor minggu lalu, Konstabel RG. Devendran, telah dipindahkan ke wad biasa hari ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon memaklumkan keadaan mangsa kini semakin stabil.

Menurut beliau, dua lagi mangsa iaitu ACP Faizul Muhammad dan Koperal Adeline Liu Yan Siu telah dibenarkan pulang dan menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Serdang, Selangor.

Manakala, Superintendan Ahmad Bustamin Baharom menjalani rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Kuala Lumpur.

Seorang lagi mangsa Sarjan Siti Latipa Khairuddin juga ditempatkan di wad biasa di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

"Untuk mangsa nahas helikopter hari itu dan sebelumnya ada beberapa mangsa dihantar masuk menerima rawatan di HSA dan saya dimaklumkan jumlah lima mangsa dimasukkan ke hospital. Seorang tekah dibenarkan pulang dan dua diletakkan di wad biasa, dan telah pun dibenarkan pulang. Dua di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah dipindahkan ke wad biasa untuk rehat dan rawatan seterusnya," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Konstabel RG. Devendran, ditidurkan di ICU HSA bagi mengawal pergerakan fizikal untuk mempercepat proses pemulihan.

TETITIA YUSOFF