REMBAU, 2 Oktober - Mangsa kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban semalam, masih dibedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau di sini, tengah hari tadi.
Suasana hiba menyelubungi perkarangan Unit Perubatan Forensik, apabila ibu bapa serta ahli keluarga mangsa hadir ke hospital berkenaan.
Keluarga mangsa masih dalam keadaan terlalu sedih.
Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dalam kenyataan memaklumkan, polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan iaitu kesalahan buli melalui komunikasi.