fb fb fb fb fb

Manfaatkan pengalaman veteran bentuk pengamal media beretika

(FB Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Pemberian geran sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Veteran RTM (PVRTM) bakal memanfaatkan 1,200 ahli persatuan itu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata geran tersebut merupakan penghargaan atas jasa dan sumbangan golongan veteran.

"Saya harap dengan sumbangan geran ini bukan hanya melancarkan dari segi beberapa aktiviti yang dilakukan tapi kita akan teliti beberapa permohonan daripada pihak PVRTM.

"Ini termasuklah isu pejabat dan sinergi yang boleh kita capai di pihak kementerian dan juga PVRTM dan juga RTM itu sendiri supaya seperti yang saya sebutkan tadi pengalaman, kepakaran, kemahiran yang ada dalam kalangan veteran ini dapat kita manfaatkan," kata Fahmi selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PVRTM di Angkasapuri, Kota Media di sini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norasyikin.

Fahmi menyarankan agar PVRTM dapat berkongsi pengalaman menerusi penganjuran kursus dan bengkel bagi membentuk generasi muda media yang beretika tinggi sekali gus membanteras penyebaran berita palsu.

Katanya era digitalisasi kini membolehkan pelbagai maklumat palsu dan tidak sahih disebar luas terutamanya menerusi media sosial yang mampu mengganggu gugat ketenteraman awam sekiranya tiada langkah serius diambil.

(Fahmi berkata manfaatkan pengalaman veteran bentuk pengamal media beretika/FB
Fahmi Fadzil)

Media Baharu