fb fb fb fb fb

Manfaat cuti sekolah, 23 kanak-kanak sertai Khatan Perdana @Labuan

Kanak-kanak dirai dengan siraman air oleh JBPM Labuan sebelum dikhatankan di Hospital Labuan

LABUAN, 22 Disember- Bersempena cuti persekolahan, komuniti kampung di Labuan mengambil peluang mengadakan Program Berkhatan Perdana.
 
Diadakan di Balai Raya Kampung Belukut pagi tadi, program diserta 23 kanak-kanak merupakan anjuran kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bebuloh dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Belukut.
 
Jelas Pengerusi JPKK Kg. Belukut Asmadi Ahmad, ia merupakan salah satu program bawah Kampung Angkat Madani, dengan peruntukan RM3,000.
 
" Program ini memberi ruang kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan, menyediakan bajet yang tertentu untuk mereka berkhatan, yang ibu bapa hanya perlu bayar RM50 sahaja selebihnya tampung kos sepenuhnya," katanya.
 
Kanak-kanak dilihat teruja, mandi dengan siraman air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan, sebelum masing-masing dibawa oleh ibu bapa ke Hospital Labuan untuk berkhatan.
 
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE