KUALA LUMPUR, 23 Mei- Syarikat penyiaran dan 100 personaliti tempatan bergabung menerusi saluran Malaysia4Palestine, dalam usaha mengumpul dana bagi membantu perjuangan rakyatPalestin.
Selain itu, satu saluran sementara (Pop-up Channel) yang bersiaran secara 24 jam mulai 25 hingga 26 Mei iini, bakal mengetengahkan krisis kemanusiaan yang berlarutan sejak tujuh bulan lalu.
Pengisian saluran merangkumi pelbagai wawancara, persembahan khas dan dokumentari bagi memperlihatkan nasib rakyat Palestin.
Antara personaliti yang terlibat, Datuk M. Nasir, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Dato' Dr Ahmad Faizal Perdaus, Dr. Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Ceddy Ang, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
Malaysia4Palestine akan mula bersiaran dari pukul 12.00 tengah hari pada Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 11.59 pagi, Ahad, 26 Mei 2024 di saluran Astro 111, serta di RTMKlik (RTM), Astro GO dan Sooka tanpa caj tambahan.