fb fb fb fb fb

TPM ucap tahniah kepada pasukan sepak Takraw Malaysia

TPM ucap tahniah kepada pasukan sepak Takraw Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mei- - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang meraih kemenangan apabila menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, malam tadi.

"Syukur, Alhamdulillah! Sejarah tercipta! Malaysia Juara mengalahkan Thailand untuk Acara Regu, Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Tahniah wira-wira sepak takraw negara! Doa rakyat Malaysia juga mengiringi kejayaan pasukan sepak takraw negara. Syabas!" menurut Ahmad Zahid dalam catatan melalui Facebook beliau.

Skuad negara menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

aidan