PUTRAJAYA, 11 Mac – Malaysia telah mengundang Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Putrajaya, petang tadi.
Menurut Anwar, pertemuan itu membincangkan mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat yang telah terjalin sejak sekian lama.
"Kami juga memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
"Kami turut menyentuh soal Kepengerusian ASEAN 2025 terutamanya terkait Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat," menurut Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya.