KUALA LUMPUR, 1 Oktober - Malaysia bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Filipina susulan gempa bumi kuat yang melanda Cebu dan kawasan sekitarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehilangan nyawa dan kesusahan yang ditanggung oleh ribuan keluarga amat dirasai.
Malaysia turut berdukacita bersama rakyat Filipina dalam masa sukar ini.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada kerajaan dan rakyat Filipina, khususnya kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang.
“Doa dan ingatan kami juga bersama mereka yang cedera, hilang tempat tinggal serta semua yang terkesan akibat tragedi ini.” katanya menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini.
Perdana Menteri berkata Malaysia berdiri teguh bersama Filipina, dan bersedia memberi sokongan dalam bantuan serta pemulihan pasca gempa.