fb fb fb fb fb

Malaysia-Turkiye meterai 11 MoU perkukuh kerjasama dua hala

Sebanyak 11 dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Turkiye dimeterai hari ini bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor / Foto RTM

PUTRAJAYA, 11 Februari – Sebanyak 11 dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Turkiye dimeterai hari ini bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.

MoU tersebut meliputi kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi, peralihan tenaga, latihan diplomatik, pengurusan bencana, sains dan logistik, pengurusan media dan komunikasi, serta perlindungan dan pengawasan kepenggunaan.

Majlis pertukaran dokumen MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Kerjasama itu mencerminkan komitmen serta hubungan strategik Malaysia-Turkiye dalam memperluas kerjasama dua hala, sekali gus memanfaatkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN