SINGAPURA, 11 Februari-Kerajaan Johor menghantar guru-guru dan pasukan kepimpinan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), ke Singapura, semalam, bagi memberi pendedahan tentang pendekatan pengajaran inovatif di republik itu.
Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, antara perkara yang diperolehi mereka, Program Pembelajaran Terapan, yang memberi fokus kepada pemikiran kritis dan inovasi.
Guru-guru terlibat juga mendapat pendedahan kaedah pembelajaran Interdisiplinari, yang mengintegrasikan pelbagai subjek untuk pemikiran holistik dan penyelesaian masalah kreatif.
Selain, pembelajaran berasaskan projek, mendidik pelajar menerusi projek kolaboratif, yang dapat memupuk kerja berpasukan.
Mereka turut didedahkan dengan teknik moden pengajaran dan pembelajaran, serta aktiviti kokurikulum STEM dan Bahasa Inggeris.
Usaha tersebut adalah salah satu usaha Kerajaan Johor, untuk terus melengkapkan guru dengan kemahiran terbaik, bagi merealisasikan visi pendidikan yang berkualiti.