PUTRAJAYA, 11 Februari- Malaysia dan Turkiye tekad memperkukuh hubungan perdagangan dengan sasaran dagangan AS$10 bilion dolar dicapai dalam masa lima tahun.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peningkatan 20 peratus jumlah dagangan dalam setahun dapat mendorong sasaran itu dicapai lebih awal.
"Terdapat potensi besar di Malaysia dan Turkiye, baik dari segi kekuatan pertahanan anda, kekuatan kami dalam semikonduktor, kelebihan anda dalam pelancongan serta teknologi kami. Kekuatan kami dalam menembusi pasaran di Asia dan rantau ini juga sangat penting. Saya berfikir kita harus bekerjasama dengan baik.
Saya percaya bahawa memiliki pandangan, idea dan visi yang sama, tidak akan mencukupi jika kita tidak memberikan sokongan," kata Anwar dalam ucapannya pada Forum Perniagaan Malaysia dan Turkiye.
Tambah beliau, tumpuan turut perlu diberi kepada perusahaan kecil dan sederhana dengan mewujudkan platform khas bagi menyokong pertumbuhan sektor itu.