KUALA LUMPUR, 11 Februari- Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang telah diwartakan pada 7 Februari 2025, mula berkuat kuasa, hari ni.
Pindaan tersebut menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada pengguna, sekali gus memberi perlindungan lebih baik terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah kes jenayah dalam talian pada 2024 mencecah 35,368 kes.
Ini melibatkan nilai kerugian lebih RM1.5 bilion, membuktikan pindaan tersebut tepat pada masanya.
"Kerajaan berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya.
Ia bagi melindungi diri serta keluarga daripada sebarang ancaman dalam talian," kata kenyataan itu.