fb fb fb fb fb

Malaysia tidak menuju ke arah krisis ekonomi

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Negara tidak menuju ke arah krisis ekonomi, meskipun dilanda beberapa cabaran seperti faktor luaran di luar kawalan kerajaan.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, negara masih mempunyai sistem kewangan bermodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh.

"Sebagai contoh, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi dan kini mempunyai pelbagai ekonomi serta lebihan akaun semasa, didorong eksport yang pelbagai.

"Setakat tahun ini, akaun semasa kekal positif, jumlahnya adalah RM3 bilion pada suku tahun pertama dan RM4.4 bilion pada suku kedua," kata Zafrul.

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

Tambah Tengku Datuk Seri Zafrul, pelbagai pembaharuan dilaksanakan kerajaan, selepas krisis kewangan Asia yang dihadapi pada 1997 dan 1998.


(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

Media Baharu