WELLINGTON, 18 Julai - Malaysia terima permintaan untuk menerbitkan Al-Quran dalam terjemahan Bahasa Maori yang dinyatakan pada pertemuan bersama Gabungan Pertubuhan Islam New Zealand (FIANZ).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berhubung dengan Yayasan Restu berhubung perkara berkenaan.
"Saya telah menerima permintaan daripada pihak di New Zealand agar Malaysia menyumbangkan Al-Quran dalam terjemahan bahasa Maori. Saya telah menghubungi pihak berkaitan supaya Al-Quran terjemahan Maori ini dapat dicetak oleh Hiasan Restu.
"Saya akan mendapatkan pembiayaan daripada individu dan pihak tertentu tetapi bukan daripada kerajaan," kata beliau.
Seramai 1,200 orang Maori direkodkan telah memeluk Islam. Ia dilihat sebagai satu permulaan yang baik untuk membantu komuniti berkenaan termasuk dengan kewujudan 96 masjid di seluruh New Zealand.