fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak berhasrat kaji semula GMP padi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Kerajaan belum berhasrat untuk mengkaji semula harga minimum terjamin padi (GMP) yang telah ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata harga padi telah diselaraskan pada tahun 2014.

Katanya, penetapan itu juga tertakluk kepada mutu sebenar padi.

(Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee)

"Pada masa ini, pesawah menikmati penyeragaman harga padi atau harga minimum terjamin padi di Semenanjung pada kadar RM1,200 per tan metrik atau RM1.20 bagi sekilogram. GMP telah diselaraskan pada tahun 2014 dan penetapan ini juga tertakluk kepada pemutuan sebenar padi.

"Tarikh akhir semakan GMP adalah pada 21 Februari 2014 dan pelaksanaan GMP ini telah dibuat melalui Perintah Tetap oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras yang sedang berkuatkuasa sehingga hari ini," katanya.

Ronald Kiandee berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada sesi pertanyaan menteri, di dewan rakyat.

Media Baharu