fb fb fb fb fb

Lelaki maut terlibat kemalangan dengan lori

Kemalangan di Bera, Pahang/Foto RTM

BERA, 18 Julai - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Tasik Bera, Jalan Felda Sebertak–Felda Sebertak Triang, Bera, Pahang, pagi tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 9.32 pagi.

Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala, pemandu lori dilaporkan selamat.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN