fb fb fb fb fb

'Malaysia Techlympics' pelengkap kepada agenda STEM - MOSTI

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Penubuhan 'Malaysia Techlympics' yang dilaksanakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan pelengkap kepada agenda pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam memacu Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

TImbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata program itu berjaya mencatatkan penyertaan seramai 1.03 juta orang tahun lepas.

(Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup)

"MOSTI turut menggerakkan inisiatif ruang daya cipta (RDC) di daerah terpilih seluruh negara yang sehingga kini telah menjangkau 15,000 penduduk luar bandar.

"RDC dibangunkan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada golongan komuniti terutamanya dari kalangan pelajar, belia, usahawan PKS dan orang awam di luar bandar untuk memperolehi ilmu pengetahuan serta menggunakan peralatan teknologi berasaskan elemen sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE)," kata Arthur ketika menjawab soalan Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli di Dewan Negara, hari ini.

Tambah Arthur, tahun ini, pelaksanaan program yang akan bermula Julai ini akan ditambah baik dengan mengguna pakai pengaplikasian teknologi terkini.

Media Baharu