fb fb fb fb fb

Malaysia Singapura masih runding untuk buka sempadan darat - Khairy

(Khairy melawat Felcra Bukit Kepong)

BUKIT KEPONG, 10 Mac - Pembukaan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura memerlukan persetujuan bersama.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kedua-dua pihak masih berunding mengenai perkara tersebut.

"Saya nak maklumkan bahawa pembukaan darat antara Singapura mesti mendapat persetujuan bersama, Malaysia dan Singapura. Kalau buka sempadan sendiri tidak guna, Singapura juga kena buka.

"Dan Singapura belum bersedia untuk membuka sempadan darat. Malah 1 April ini sedang berunding dengan pihak Singapura," katanya selepas melawat Felcra Bukit Kepong, di sini hari ini.

(Khairy ketika ditemui pemberita hari ini)

Khairy turut menegaskan isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan.

Sebaliknya, semua pihak perlu melihat keputusan kerajaan dalam skop yang lebih luas.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembukaan pintu sempadan negara bermula 1 April.

Media Baharu