fb fb fb fb fb

Malaysia-Singapura bincang keselamatan dan pertahanan serantau

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing di Putrajaya/Foto PMO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Malaysia dan Singapura membincangkan kerjasama dalam bidang keselamatan serta pertahanan serantau selari dengan aspirasi ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing di Parlimen yang disifatkan sebagai tanda hubungan dua hala antara kedua-dua negara semakin erat.

“Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Singapura kerana menyokong dialog damai Kemboja-Thailand.

"Saya juga mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menzahirkan harapan terhadap Sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin Malaysia-Singapura yang dijadual berlangsung Disember ini dalam usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

GRACE AISYAH KEDAYAN