fb fb fb fb fb

Malaysia selesaikan 17 PED, siap dibentang kepada pemimpin ASEAN

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Malaysia telah menyelesaikan 17 daripada 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang ditetapkan untuk tahun 2025, manakala bakinya dijangka akan disiapkan tidak lama lagi.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, laporan mengenai PED tersebut akan dibentangkan kepada pemimpin ASEAN pada Ahad ini.

"Apabila Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) selesai disediakan, laporan tersebut akan dihantar kepada para pemimpin untuk diluluskan dan diambil maklum dalam mesyuarat pemimpin akan datang.

"Menerusi tonggak ekonomi, banyak petunjuk prestasi utama (KPI) telah berjaya dicapai. Dalam konteks ini, ia dirujuk sebagai Keberhasilan Utama Ekonomi, dan kami berbesar hati untuk membentangkannya kepada para pemimpin pada Ahad ini untuk pengesahan serta makluman rasmi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-26 di ibu negara.

Ketika di sidang media berlainan, lima PED akan diumumkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN minggu ini, manakala enam lagi akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI