fb fb fb fb fb

Malaysia sedia pegang jawatan Presiden UN-Habitat penggal 2026-2029

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Mei - Malaysia menyasarkan jawatan Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Kabinet telah bersetuju untuk melantik Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai peneraju pencalonan negara ke jawatan berprestij itu.

“Pada 29 Mei, kementerian akan mewakili tanah air kita yang tercinta untuk bersaing menjadi Presiden UN-Habitat di Nairobi, Kenya, benua Afrika.

"Maka kali ini KPKT telah diberi amanah dan tanggungjawab dan kita berdoa supaya pada 30 Mei, hasrat mengibarkan Jalur Gemilang di benua Afrika tercapai” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan KPKT 2024 di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 411 warga KPKT daripada pelbagai agensi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang menerima insentif RM1,000 berserta sijil.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD