fb fb fb fb fb

Malaysia sambut baik resolusi gencatan senjata - Mohd Na'im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Malaysia menyambut baik resolusi yang diluluskan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), pada Jumaat berhubung gencatan senjata segera dan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal.

Jadi kita sambut baik keputusan UNGA dan bagi rakyat di Malaysia ini sudah tentu kita ucapkan syabas dah tahniah.

"Sebab kalau kita tengok sekarang rasa cakna rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin tersebut, masjid-masjid yang melakukan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin ini diteruskan dan sumbangan kewangan hendaklah diteruskan", kata Mohd Na'im yang ditemui ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan serta Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

Dalam perkara berkaitan,Mohd Na’im Mokhtar  menasihati orang ramai agar lebih peka dan sensitif terhadap isu di Palestin. 

Ini susulan video tular yang memaparkan tarian kurang sopan melibatkan sekumpulan anak muda bebas bergaul lelaki dan wanita di sebuah Festival di Johor. 

"Tidak salah untuk kita berhibur. islam pun tidak melarang, tetapi dalam konteks suasana yang berlaku sekarang, perlu jaga tatasusila tersebut.

"Saya mendoakan dan mengharapkan agar rakan rakan kita yang terlibat ataupun mereka yang tidak terlibat untuk mengambil iktibar dan merenung kembali perkara berkenaan", ujar Mohd Na'im.

Tambahnya, penganjur seharusnya lebih tegas dalam menganjurkan apa jua acara dan sensitif terhadap rakyat Palestin yang sedang menderita ketika ini. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD