fb fb fb fb fb

Malaysia salur RM1 juta untuk tabung Palestin

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kerajaan memutuskan untuk meneruskan Tabung Amanah Kemanusiaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik keganasan dan pertempuran Palestin-Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, ini termasuk menyalurkan dana sebanyak RM1 juta ke akaun berkenaan sebagai satu sokongan tanda keprihatinan kerajaan kepada negara terbabit.

Bantuan tersebut diserahkan kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

"Kita amat sedih dengan apa yang berlaku kerana pengeboman berterusan hingga ke saat ini tanpa mengambil kira lunas-lunas antarabangsa.

"Sehingga pagi tadi, kita telah mendapati pengeboman terus meningkat. Banyak kawasan-kawasan dibom oleh Israel dan lebih 1,000 orang telah terkorban. Kita akan maklumkan perkara ini dari masa ke masa," kata Zambry dalam sidang media di lobi Parlimen.

Dalam perkembangan sama, Zambry turut memaklumkan semalam 23 rakyat Malaysia dan Singapura yang terkandas telah selamat menyeberang ke Mesir bagi mencari perlindungan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu