KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Pameran Harta Tanah Bumiputera (BPEX) disasar dapat membantu golongan bumiputera memiliki rumah terutamanya pembeli rumah pertama.
Menurut Pengarah Urusan Marvel Management, Datuk Norashikin Taib, BPEX bakal diadakan pada 4 dan 5 November tahun ini di pusat beli belah, Midvalley dengan menampilkan 50 pemaju merangkumi 50 projek di sekitar Lembah Klang.
Ekspo Rumah BPEX itu turut disokong Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Lokasi-lokasi yang sangat menarik, ada di Sungai Besi, Setapak, Wangsa Maju dan Seri Petaling. Ada lebih kurang 3,000 hingga 4,000 unit untuk RM300,000 ke bawah di Kuala Lumpur," kata Norashikin dalam sidang media Pra-Pelancaran Ekspo Perumahan BPEX di ibu negara.
Selain itu, insentif-insentif kerajaan seperti pengecualian duti setem 100% untuk pembelian rumah RM500,000 ke bawah dan 75% diskaun duti setem untuk rumah bernilai sehingga RM1 juta diteruskan sehingga hujung tahun ini.
(Pengarah Urusan Marvel Management, Datuk Norashikin Taib)