fb fb fb fb fb

KPKT sedia garis panduan, penyediaan tapak pengecas EV

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB) bagi mencapai sasaran 10,000 EVCB di seluruh negara, menjelang 2025.

Selain itu, turut digariskan Prosedur Permohonan Pemajuan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata prosedur tersebut telah dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara pada 18 September lalu.

Beliau berkata sehingga 30 Ogos lalu 1,246 EVCB dibina, dengan 1,007 peranti jenis arus ganti dan 239 peranti jenis arus beroperasi di pusat beli-belah, pusat pameran kereta, hotel dan resort untuk kegunaan awam.


(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming)

"Garis Panduan Perancangan dan Prosedur Permohonan Pemajuan EVCB ini penting supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai prosedur seragam, mudah dan selaras dengan keperluan teknikal bagi mempercepatkan proses permohonan di lokasi yang bersesuaian serta mengembangkan penggunaan EV di negara ini.

"Selain itu, kita dapat meningkatkan tahap kepatuhan dan kebertanggungjawaban pihak berkepentingan, terutama pemain industri kenderaan elektrik (EV) terhadap aspek keselamatan

Beliau berkata demikian dalam sidang media Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik di Parlimen.

Panduan penyediaan EVCB meliputi beberapa aspek termasuk, lokasi peletakan, bilangan keperluan, saiz serta penyediaan suis pengasingan elektrik utama EVCB.

Media Baharu