fb fb fb fb fb

Batik Air dan AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirline terjejas

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Syarikat penerbangan Batik Air Malaysia menawarkan tambang tetap istimewa bagi laluan terpilih, sebagai sokongan kepada penumpang MYAirline yang terjejas.

Tawaran itu diharap membantu pengguna mengatur semula perjalanan masing-masing dan tiba ke destinasi dengan lancar dan selamat.

Pengguna perlu melampirkan salinan tiket MYAirline dan membuat tempahan menerusi e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tambang istimewa sehala itu ditawarkan bagi laluan ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Bangkok dan Kota Kinabalu, melibatkan perjalanan sehingga 30 November 2023 dan tempat duduk adalah tertakluk pada ketersediaan.

Sementara itu, AirAsia memberikan potongan harga 50% bagi tambang asas untuk semua penumpang MYAirline.

Tawaran membabitkan tempahan penerbangan bermula hari ini hingga 30 November 2023.

Syarikat turut mengiktiraf bakat dan pengalaman kakitangan MYAirline yang turut terkesan.

Justeru, AirAsia akan mempertimbang pengambilan individu yang berkelayakan daripada MYAirline.


(Foto Hiasan)

Media Baharu