fb fb fb fb fb

Malaysia rayu tambahan kuota 10,000 jemaah haji tahun ini

KUALA LUMPUR, 28 April- Jumlah keseluruhan jemaah Malaysia yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini masih belum dimuktamadkan.

Jelas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar ini memandangkan pengurus dana haji itu masih menunggu keputusan rayuan bagi tambahan 10,000 kuota haji.

Rayuan kedua itu dibuat selepas kerajaan Arab Saudi meluluskan rayuan pertama membabitkan 350 kuota tambahan.

Ini menjadikan, kuota jemaah haji terkini berjumlah 31,950 berbanding kuota asal sebanyak 31,600.

"21 Mei, jadi selalunya keputusan sebelum itu, berkenaan kuota tambahan, mungkin tahun lepas adalah lain sedikit, kerana tahun COVID lagi, masih saki baki, tahun ni kita rasa back to normal," katanya kepada pemberita selepas pengumuman agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2022, di sini hari ini.

(Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar)

Beliau berharap kuota tambahan dapat diluluskan bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di negara ini menunaikan haji.

Sementara itu jelasnya, penerbangan pertama membawa jemaah haji tahun ini, dijangka berlepas 21 Mei ini.

Media Baharu