KUALA LUMPUR, 8 Mac- Malaysia mencatat sejumlah RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022.
Nilai itu merangkumi 4,454 projek melibatkan sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama.
Pelaksanaan projek pelaburan berkenaan berpotensi mewujudkan lebih 140,370 pekerjaan baharu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nilai pelaburan tahunan tersebut juga kedua tertinggi dalam sejarah dan bukti keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
"Pelaburan perlu dilihat secara holistik tanpa mengira negeri. Yang penting, fokus Malaysia adalah untuk mempermudah pelaburan dan mempercepat proses pelaburan. Itu yang utama," kata beliau.
Pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi direkodkan China, dengan nilai pelaburan RM55.4 bilion manakala di peringkat domestik, Johor mencatat jumlah tertinggi dengan sejumlah RM70.6 bilion pelaburan diluluskan.
(Tengku Datuk Seri Zafrul berkata Malaysia raih pelaburan RM264.6 bilion pada 2022)