fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 premis makanan tawar Menu Rahmah

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Sebanyak 1,152 buah premis makanan terlibat menawarkan Menu Rahmah bagi menyokong seruan kerajaan.

Ini termasuk penyertaan syarikat berjenama besar, McDonald's Malaysia yang turut menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah yang berharga RM5.00.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, ia bukan sahaja usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan malah turut memberi kepelbagaian pilihan menu kepada rakyat.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
Datuk Seri Salahuddin Ayub)

"Kita dapat melihat sekarang ini rakyat punya pilihan sama ada mereka mahu makan menu yang pelbagai bermula dengan nasi atau pun ada konsep atau pakej roti canai, ada tomyam ada berkonsepkan nasi kandar dan akhirnya rakyat ada menu burger dan seumpamanya", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Menu Rahmah McDonald's di Kuala Lumpur.

Tambahnya, dengan penyertaan tersebut juga sekali gus menyangkal tohmahan makanan yang disajikan tidak berkhasiat dan berkelas rendah.

"Kurang dari seminggu sudah ada dua hingga tiga lagi syarikat jenama besar menunjukkan komitmen dalam inisiatif berkenaan", katanya.

Media Baharu