fb fb fb fb fb

26 bank setuju beri moratorium

(Foto fail Bernama)

JOHOR BAHRU, 8 Mac- Sebanyak 26 buah bank bersetuju memberikan moratorium kepada penduduk terjejas banjir di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kesediaan bank itu memberikan kelegaan kepada penduduk terjejas membina semula kehidupan.

Kerajaan Johor turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara tersebut.

"Alhamdulillah, hampir 26 bank bersetuju untuk moratorium dan kami berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menjawab di Sidang Dewang Rakyat tentang arahan supaya semua bank membantu rakyat yang terjejas akibat banjir," katanya.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Beliau berkata demikian selepas melancarkan misi pasca banjir, di sini hari ini.

Seramai 230 orang sukarelawan dihantar ke daerah-daerah terjejas bagi operasi dan persediaan pasca banjir.

Media Baharu