fb fb fb fb fb

Malaysia perlukan sistem lebih inklusif bagi perlindungan sosial

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Satu sistem perlindungan sosial yang lebih inklusif perlu dilaksanakan di Malaysia berikutan mekanisme sedia ada adalah terhad.

Hanya 9.1% penerima manfaat dilindungi berbanding purata 55.1% di peringkat Asia dan 12.8% di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, "perubahan itu perlu dilakukan segera memandangkan penduduk Malaysia berusia 65 tahun dan ke atas kini semakin bertambah berbanding kumpulan umur lain.

"Maksudnya apabila bersara nanti, mereka akan ada kehidupan yang baik dengan simpanan yang cukup.

"Bagaimanapun, kalau kita lihat cara pembahagian semula duit itu ia dibayar penuh. Kalau dilihat bagi perlindungan sosial ini bukan cara yang bijak, kerana wang itu diperolehi sepenuhnya. Kemungkinan simpanan itu tidak sampai ke hujung usianya," katanya kepada media di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 (ISWC 2023) di ibu negara.

(Amir Hamzah Azizan)

Media Baharu