fb fb fb fb fb

Kakitangan JPN minta sejumlah wang, sudah dikenal pasti

PUTRAJAYA, 5 Julai- Seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah dikenal pasti Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana meminta sejumlah wang daripada pemohon untuk urusan permohonan warganegara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, "aduan diterima daripada pemohon tersebut dan akan menyerahkan nama pengawai terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut."

"Tindakan tersebut adalah bercanggah dengan proses sebenar yang mana tiada sebarang bayaran dikenakan untuk proses kelulusan permohonan sijil lahir atau kewarganegaraan di JPN," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini.

Susulan insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, beberapa aspek penambahbaikan akan dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu masuk negara.

Selain itu, pegawai yang mahir bertutur bahasa asing akan ditempatkan bagi mengendali urusan dengan pengembara yang menghadapi kesulitan berkomunikasi di kaunter.

Bidang kuasa pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) kepada pengembara juga akan diberikan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional gred 41 ke atas berbanding gred 29 pada ketika ini.

Saifuddin turut menyatakan pihaknya komited memberi kerjasama kepada SPRM dalam mendokong polisi kerajaan bagi membanteras sebarang aspek salah laku dan rasuah.

(Shamsul Anuar Nasarah (kiri) dan Saifuddin Nasution)

Media Baharu